Feeds:
Posts
Comments

yahoo…akhirnya…

selamat hari Isnin semua…pada hari yang berbahagia ini, beta telah mendapat bahagia kerana pada hari ini tamat lah kajian beta tentang meningkatkan kelajuan internet di rumah beta, wahahahaha,lihatlah dunia !BW di rumah

Alhamdulillah, ada rezki..kalau dapat withdraw kan besh..

hasil

Hanya ada satu loss paling besar -330 dan itu disebabkan psyco..

it’s ok la..no holy grail system in the world !

Depo:USD 100

win: USD942 X RM3.6 = RM 3 391.20

He he he

Assalammualaikum…kembali lagi dengan update2 panaz dan terkini dari penglipur lara purba kala…

Hatta tersebutlah kisah hari ini sang pujangga telah menghadiri satu perkahwinan @ pernikahan ala kadarnya daripada salah seorang pakcik saudara yang ingin identitinya dirahsiakan..dijadikan cerita bermulalah perjalanan dari istana dan kediaman sendiri bersama beberapa hulubalang terhandal..sang pujangga sendiri telah mencemar duli utk memandu kereta istana dan kelihatan CEO juga bersama kereta diraja memulakan misi seawal 6 pagi..

Sasaran telah dikenalpasti iaitu negeri Sarawak yang diperintah oleh sekalian golongan peribumi di sana…

Muatan yang terlalu penuh oleh pihak penganjur telah berjaya menyingkirkan sang pujangga dan bonda beliau ke kereta simpanan istana manakala CEO, Tan Sri dan Puan Seri juga ditemani oleh Temengggung Negeri mencemar duli menaiki Pacuan 4 Roda Pajero..

Sesampai di Negeri Sarawak (Lawas da…), kelihatan CEO rilek2 bersama Tan Sri menikmati keindahan sungai, adinda CEO yang sepanjang perjalanan tidak pernah kurang modal ceritanya turun dan menggunakan segala kudrat utk bergambar kenangan bersama CEO.

Ceo dan adinda

Ceo dan adinda

********************************************

CEO bersama Adinda beliau bergambar kenangan

Selang beberapa ketika Rombongan menunggu di sebuah pertempatan medan selera berhampiran sungai Lawas..berikut adalah beberapa scene yang sempat dirakam..

View 1

******************************************

Pemandangan di Sekitar Lawas

Aktiviti sarapan dimulakan dengan Bismillah..

makan time

******************************************

GM, CEO,Tan Sri dan Bonda Sang Pujangga

Selesai upacara bernikah, maka dengan itu termaktublah hari ini dalam sejarah apabila bapa saudara menjadi milik orang Sundar..Perjalanan diteruskan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan menaiki kenderaan istana, hatta lebih kurang 1 marhalah jauhnya..

Kabarnya sesampai di tempat kejadian, akan berlaku penyeberangan sungai, ini sedikit sebanyak merisaukan sang pujangga yang dapat merasai akan kesulitan akan bakal berlaku kelak..

sg yg bakal diseberangi

*******************************************

Sg yang bakal diseberangi

sang pujangga

*******************************************

sang pujangga menunggu bot diraja

sahkan

*******************************************

GM mengesahkan kembali jumlah ufti

pengantin

*******************************************

Ketibaan para dayang dan Pengantin Diraja

parabola

*******************************************

Sang Parabola yang digunakan oleh penduduk dengan sesuka hati mereka

Bukti

*******************************************

Bukti Nyata rombongan diraja sampai ke Sundar

Sekian…

::Aku kembali::

Assalammuaikum…yah hari ini adalah hari aku cuba utk mengaktifkan kembali segala tulisan mengenai aktiviti harian, kali nie dalam bentuk yang agak formal apabila beberapa post telah aku delete utk sesuaikan kepada yang berumur 16 tahun kebawa…ker ker ker…yah, nak dijadikan cerita aku sekarang sudah totally menjadi orang kampung…banyak benda yang aku sudah belajar dalam masa beberapa bulan selepas grade, juga selepas itu banyak juga pengalaman, pengajaran, kerja yang aku rasa alhamdulillah seronok lah!…hehehe…jadi nak dijadikan cerita aku nie sekarang menjadilah assistant bapa aku menguruskan ladang2 beliau yang begitu terbiar selepas ketiadaan aku utk menuntut ilmu di Universiti dulu…

yah…ladang sawit yang sememangnya menjadi punca pendapatan kami sekeluarga, sejak zaman berzaman…selepas pemerintahan bapa dan kroni2nya pada zaman dahulu maka bermulalah era kebangkitan keluarga kami mencari empayar suci…(melalut)…bapa membina empayar dengan beberapa hulubalang yang ternama mahupun “under dog” dari seberang…saling bertukar ganti dan tangan…namun itu telah menjadi sejarah hidup yang boleh dibukukan dan boleh disimpan dalam DBP…yah…setelah kemunculan aku menjadi anak manager yang disegani, kini bapa telah kunaikkan pangkat menjadi CEO sepenuh masa dan segala urusan remeh temeh menjadi tanggungjawab anakandanya ini sepenuhnya..

maka dengan itu bermula lah pasukan rejimen ke 8 diraja membuat rombakan serangan…hahaha…aku telah mengubah banyak draf dan plan2 induk yang selama ini bapa serahkan kepada yang tidak sepatutnya..ya…perdana menteri2 yang ingin menjatuhkan empayar bapa…sejak kemunculan aku, tiada lagi muka2 mereka menyelubungi bapa…tindakan pertama yang aku buat secara drastik ialah dengan turun sendiri dengan kelengkapan perang yang sudah agak uzur tapi berjasa..

kelengkapan perang

yah..begini lah keadaan kenderaan perang @ seekor traktor bernama baja hitam aka Belalang Tempur aku sedang ingin berjuang…baiklah dimulakan dengan cerita hari ini seawal 6 pagi aku dan seorang hulubalang bapa yang telah dilantik secara rasmi bulan lepas telah memulakan langkah dengan memyediakan segala keperluan kami sepanjang perjalanan nanti, termasuklah air, PARAQUAT + AMINE(racun rumpai yang begitu berkuasa membunuh sehingga 100 kuasa kuda), pam racun dan hos racun yang panjang…ya begitulah hendaknya…

Nak dijadikan cerita pula, sedang kami asyik dengan dunia fantasi meracun sang rumpai yang begitu berkeliaran dengan jayanya, hadir seorang pakcik dan kuncunya ingin meminang sang Belalang Tempur ku beserta jocky nya sekali merangkap aku utk menarik pokok2 rumbia yang bakal menjadi mangsa sebentar lagi.. Pakcik tersebut yang dirahsiakan identitinya disini telah cuba memujuk aku utk meneruskan niatnya…berikut adalah perbualan yang sempat dirakam dan telah dialih bahasakan utk tontonan umum..

Aku: apa hal pacik?

Pakcik: mau minta tulung neih !

Aku: oh, pahal?

Pakcik: tulung tarik batang rumbia nie? pi luar, tadi aku sudah runding *beliau ko..

Aku: oh bah bulih bah, tapi kasi abis dulu keja saya nie…ada dua tong lagi air, alang2…

pakcik: oh bah..

*beliau= bapa dalam bahasa melayu..

jadi, aku pun meneruskan perjalanan murni kami, tapi pacik tu sekali lagi datang dan mahu aku teruskan juga sekarang…aku terus membayangkan scene kunfu jacky chan menendang perut penjahat dalam filem POlice Story 3..Jacky=aku dan penjahat=pakcik…

tiada otak punya pacik, bagi la aku buat keja aku dulu…

Lepas ja abis suma…aku dan hulubalang diraja meneruskan niat suci kami utk membantu…dan  CEO telah menelepon aku yang mereka bakal membayar kami dan aku begitu gumbira kerana peluhku sudah boleh dibuat garam dan campur gulai masak masak lemak..penarikan batang2 rumbia yang sepatutnya mengambil masa seminggu telah menjadi begitu singkat dan aku dapat melihat keriangan diraut wajah sang algojo rumbia melihat Belalang Tempurku dengan mudahnya menumpaskan batang2 rumbia itu…hampir jam 3 aku dan hulubalang pun tersangatlah letihnya sehingga kami balik makan dan tertidur dan berjaya menumpaskan 7 batang rumbia dalam masa 4 jam ! begitu murni hari nie..

berikut adalah scene2 yang dapat dirakam sepanjang kejadian hari ini..

Hulubalang sedang menyediakan kelengkapanHulubalang diraja sedang khusyuk menyediakan kelengkapan

close Up hulubalangHulubalang Close up

keriangan lalang dan semak samun Keriangan Lalang2 dek kerana perdana menteri lama(fired) jarang mentenen

Hulubalang in WorkHulubalang in Work

batang rumbia pertamaBatang rumbia pertama ditumpaskan dalam sejarah

AkhirnyaSang Jocky @ Manager dan Hulubalang Close Up

adegan kejamMangsa Seterusnya

Mangsa2 seterusnya telah dipotong scenenya atas sebab2 keselamatan dan pakcik yang mahu identitinya dirahsiakan begitu teruja dengan hasil hari ini dan beliau amat berterima kasih kepada CEO dan semua tenaga kerja yang telah menjayakan operasi kali ini…

sekian dari hamba yang jauh dimata…

statement11 April 2009, aku ngan mama pegi labuan, dari beaufort jam 6.00 sampai labuan naik bot laju lebih kurang 7.00 sebab perjalanan ke menumbok makan masa lebih kurang 40 minit, dan menumbok ke labuan 20 minit.

sampai saja di labuan aku agak terkejut dengan perubahan yang aku rasa sangat drastik, sebab terminal Feri dan bot is totally different!! sejak aku tinggalkan dalam 5 tahun yang lalu…dulu tahun 2003-2004 study matric di sana..

sampai ja trus pegi tamu pasar labuan, beli kuih pelik2 yang tiada di beaufort…hehe..mama cakap kalau ada di beaufort, wat pa mau beli..betul jugak…jalan2 carik kain sarung buat ole2 orang di kampung,nak tau kedai tu mahal atau tidak, try tgk kain sarung cap kelapa, sebab? kain tu yang paling murah(kami rasa la) Rm5.00 standard harga dia,so kalau ada kedai yang jual lebih mahal dari harga tuh, confirm kedai tu MAHAL!!

lepas tuh jalan2 carik makan di Restoran MALINDO…erm..banyak sejarah restoran ni, nilah restoran pertama tempat aku jumpa awek dulu..hehe…makan mee basah ngan nescafe ping..wahaha ingat lagi tuh…restoran nie pun dah banyak perubahan,dulu ramai orang(sekarang pun still ramai) tapi tak semeriah dulu, atau just perasaan aku ja kot, berdepan dengan Hotel Labuan milik Datuk Harris(former Sabah Chief Minister),erm sepatutnya pemilik resroran tu bagi kredit kat aku pasal aku promote restoran dia..wahaha..

lepas tuh pegi Ujana Kewangan(the only one mall in Labuan!) wahaha..Sorry..dulu masa study kat sana, tempat nie memang jadik tumpuan budak2 matric sebab tiada tempat lagi di labuan nie kalau nak carik tempat lepak kat bandar, tapi kalau nak lepak kat tempat2 yang menarik memang banyak,(marine park,botanical garden,taman burung, etc)..

lepas tu melusuri balik ke deretan kedai dekat terminal,pasal masalahnya kalau tak de keta kat labuan nie memang langkah tak jauh, dah la keadaan PANAS!…whohoo…sepanjang perjalanan nampak padang bandaran labuan, kebanggaan jugak nie(tempat dating jugak nie dulu,wahaha)..sekrang dah ada bangunan dekat laut(belakang padang nie)…

so, tu je la, setengah hari di Labuan, oh ya Cekelat ngan Alkohol ngan rokok, memang murah kat sini, hoho…

GAMBAR2:

 

mama di terminal

********************************************************************************************

Hotel Labuan

 Hotel Labuan(Lagenda Datuk Harris Punya)

********************************************************************************************

padang Labuan

Padang Labuan(still the same)

********************************************************************************************

 

 

 

 

 

 

::Experience::

Learn from mistake…that is the Words which is suitable for me now….For these 2 weeks, fuh….Experience….

Thanks god…Insya Allah…One day my dream will becoming true…

Peace no War…hidup forex…

hihi…

::Meniti Pips::

Salam semua geng, wah hari ni aku sangat gumbira, sebab kursus yang aku tunggu beberpa bulan akhirnya terlaksana, hari ni banyak geng2 yang selama nie hanya bercakap2 dalam forum berjumpa sama2 dalam kursus nie, kursus paling sempoi, Allah selamatkan penganjur dan para penceramah, alhamdulillah, esok adalah hari paling penting, samada ia akan mengubah idup aku, atau pun idup aku akan kekal camni sampai bila2,

Allahuakbar….

After all the shitty things that ever done to me, im back to the normal life..coming up, the new project for my life..im gonna die now..shit..no job, no money, no friends, dont have anything..after that incident…i have to be more careful after this..yah…yosh !!..dont worry honey, i’ll get a job ASAP…
Yosh…may be that’s just a beginning of my life..most important now, i know that everybody that i know have been improved day after day…ME? wahahaha…still at the same step…shit…even though some of them are really shocking me with a very big improvement…shit shit shit….what im gonna do…(mengarut la aku nie) …sometimes i really don’t know where is the way that i heading for? Sometimes the dream brings me to the place that i never thought before..wahahaha(mengarut lagi)…anyway…GOOD LUCK,ALL THE BEST…

SHAHRIL…..

::sodih::

pada semua kawan2 yang bakal atau pun yang dah pergi meninggalkan sabah atau pun orang sabah yang sudah berangkat ke rumah masing2 , selamat bercuti ya… Maafkan segala yang termakan dan terminum.. ampun kan segala dosa yang terbuat atau pun yang sengaja dibuat… Kepada geng gagak berantai, founder balik ari nie, sodih la plak,( sori faiz aku kira nak antar ko, tapi x sangka ko balik ari nie ). dan kepada peserta trip waterfall @sungai kibunut, thanks pasal sambut belated birthday ari tuh, mastermind chepah dan izha,PENDI,BUM,ANA, YUS,MUN,KICI, AH SENG, ERVIN, MC, LIEW dan paling special my NADIA… thanks to all..dan tidak lupa kepada auntie yang jaga gate, tetiba datang kutip duit..haha..kenangan terakhir diukir bersama di sana. thanks banyak2, x tau macam mana mau cakap.

Sebenarnya cadang nak tinggal KF sampai ujung bulan nie, sebab rasa berat pulak nak tinggalkan UMS(macam la aku duk jauh di australia,hahaha). tapi mungkin minggu nie balik lah, sebab pendi pun dah nak berangkat…akhir2 tahun 4 nie la banyak kenangan yang susah mau lupa. terutama masa aku sibuk carik umah sewa, gila, dekat 2 minggu asyik tukar2 hotel..haha…erm…masa tuh jumpa ah seng. dia kata umah dia ada bilik kosong tapi kena tunggu mamat kat bilik tuh pindah dulu…huhuh…tu yang tido hotel tuh…ah seng dan ah yong dua housemate yang paling sporting dan flexible pernah aku jumpa…jumpa lagi nanti ah yong(pasal ah seng tinggal kat sabah sampai july,hehhe)…

kepada bro izha, all the best, have good holiday…bum, paling ensem dan cool, teruskan niat kambing ko tuh, chepah, jgn putus asa, ko mesti boleh, faiz, makan banyak sket, supaya berisi sket(aku cadang nak derma lemak aku kat ko),Boi @ boboi, hek eleh plan2 bah, jgn ari2 dating jak..ekekeke..azrul @ zerul @ arul @ jilung…, all the best, ko keja elok2…pendi, aku harap ko puas ati ngan cuti beaufort ari tuh, dan the special one, my NADIA, have a good time, nanti kita YM jak k…

mungkin lepas nie x jumpa atau jumpa pun kadang2, erm… lek ar..nanti insya Allah konvo jumpa. kepada students under puan mazlina, promote kat junior dia besh walaupun…well, u know, hahahaha…

oh ya, kepada geng gagak berantai dan merpati sejoli, aku jumpa tempat besh di mana tempat tuh adalah dekat dengan kampung aku, siut, besh…aku pun baru tau,akakaka, tak caya tanya pendi,ok lah

bye, jumpa konvo nanti…

Aku rasa tension satu minggu bila supervisor aku cakap aku kena pospone viva aku disebabkan ketidaksiapan projek aku…pagi tu terang, tapi aku rasa gelap…
dalam keadaan kecewa aku balik rumah meraung dalam hati. Aku balik kampung cari ketenangan..meratap diri yang bodoh ini, ada 2 insan yang aku tersangat baik dan jujur
di muka bumi ini banyak update kat aku pasal projek aku..dorang memang tolong aku gila2…thanks to EN. Kim siong dan Cik Nadia..hanya tuhan saja yang dapat balas budi kamu berdua.
Pendi, juga seorang sahabat yang push aku dari belakang. dia tak pernah jemu bagi aku semangat..(“boleh geng!”) katanya..Aku masih nampak kekaburan tu.

30hb April 2008
nasib aku sangat baik bila abang kat lab embedded pinjamkan programmer kat aku…Allah selamatkan abg tuh…Aku rasa ada sedikit sinar walaupun masa tu aku tak tau apa lagi strategi aku untuk membenarkan aku ke viva.
Aku balik dan pinjam Desktop pendi. Pendi tanpa banyak soal bagi desktop tuh dan aku transform bilik aku jadi lab. Nadia, Pendi, Ah seng, Ah yong dan Kim Siong berhempas pulas di mana  aku menjadi
seakan sorang chief engineer yang tak tau apa apa. Nadia berusaha menjadi seorang programmer terjun sedangkan ini bukan projek dia.. Ah seng dengan lawak misterinya menghibur duka dan kerisauan di dada.
Ah Yong dengan muka blur menjadi bahan lawak Ah seng. Aku buntu bila dalam pencarian source code, kerana masa suntuk, aku janji dengan abg lab akan pulangkan programmer hari jumaat nie(pasal esok labour day). So aku ada satu hari suntuk untuk buat projek nie..Aku menggali khazanah lama di mana source code project embedded yang berkurun aku tinggalkan lost and no contact signal. Aku terduduk mengenang nasib.
Aku teringat jef, programmmer hensem yang berbakat besar. dia kata dia masih simpan tapi tak tau mana satu. Aku mintak dia hantarkan kat aku. maka di sini lah bermula segalanya. Jef, sorang programmer berbakat dan kami berjaya menjumpai secebis file yang sangat berguna. Aku construct circuit sementara Cik Nadia cuba mengubah code itu dalam bentuk count down…dan…..DIA BERJAYA!!!! aku nampak satu harapan yang sangat besar… Alhamdulillah…

1hb May 2008(Khamis)
Hari nie aku dan cik Nadia berusaha menjadikan circuit tu menjadi. Malang sekali ada saja masalah yang  berlaku bila komputer pendi meragam…Argh.. Aku tensen lagi…mesti virus nie…cemana nie? aku tanpa pikir panjang terus ke karamunsing untuk membeli sebuah converter yang harganya bapak gila mahal. tak pa, pengorbanan…kata aku….Kami balik dan try untuk install benda tu kat laptop…. YAhoo!!! berjaya…aku nampak lagi sinar…
Aku gi jumpa Ramlee pasal aku tak puas ati semalam dia bagi aku benda buruk. Patut ka walaupun aku beli bundle barang2 opis tu kat dia, apsal la dia bagi aku segala msein fax buruk! shit man…aku gi umah dia ngan pendi dan tapau banyak HD dan RAM…hahaha puas ati aku….aku kata nak pinjam jer..jangan harap la nak bagi balik..duit aku dah banyak abis pasal dia nie.

2hb May 2008(jumaat)
Aku dan Cik NAdia masih lagi berusaha membuat circuit. MAsalah nya skrang PIC yang count down tu menggunakan PIC16F684, Sedangkan dalam Thesis aku, aku letak PIC16F84A. so, proses mengconvert PIC pun bermula. Ingat senang ker nak convert. Nak tau apa port yang sama. dan Shit man, macam mana nak sambung crystal, dan aku tak tau macam mana nak config PIC16F84 dalam C. argh!!! dan kami tak berjaya. aku putus asa dan aku buat ja  la pakai PIC16F684. Malam tuh, Kim Siong @ Genius datang rumah nak tolong solder. Aku terhutang budi yang amat sangat dengan dia. dia datang tanpa di pinta. fugh…Aku tak tau macam mana nak balas. Selepas kerja menyolder nyolder, Genius terpikir sesuatu,(“WHY NOT USING 2 CIRCUIT IN ORDER TO GET  TWO VALUE?!!!!!!!”) …. that’s a brilliant idea!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Argh!! aku gembira!!!apsal la aku tak terpikir benda nie dari dulu…

3hb May 2008(sabtu)
aku dan rakan2 teruskan usaha menyiapkan projek, kim siong @ genius ada kerja kat CP, ini mencabar kewibawaan aku untuk mengconstruct circuit sendirian dan cuba utk menyolder..fuh..masak aku, dah la tak terer.
aku teruskan jua dan malam tuh genius datang lambat sket. aku tunggu jugak, mau pukul 1 baru dia datang malam tuh. aku dengar bunyi cengkerik bersahutan ngan bunyi anjing gila kat seblah umah nie. anjing ngan tuan sama ja, tak belajar sivik. menyalak tak tentu pasal. akhirnya siap jugak projek aku !!!tapi! ada lagi masalah, bila salah satu seven segment tuh tak berfungsi dengan baik, genius suruh aku study sebab nanti ada final manusia,sementara beliau sendri mendebug benda tuh dan akhir nya maslahnya dapat d temui bila ada wyre terconnect.pdan muka aku,genius dah pesan biar dia ja yang solder.aku yang pandai2 solder sendiri.
akhirnya…malam tuh punya projek di sambung pada esok hari…any way , yang pentingnya dah siap, dan bukan siap itu yang jadik ukuran, tapi setia kawan itu lah yang penting dalam hal ni..that is the moral of the story…

thanks to all of you:
NADIA (FLEXIBEL WOMAN @ AWEK AKU)
KIM SIONG @GENIUS (BROTHER YANG SANGAT BAIK HATI)
PENDI ( MOTIVATOR YANG TERBAIK PERNAH AKU JUMPA)
ABG LAB EMBEDDED ( ALLAH SELAMATKAN KAMU)
AH SENG ( GOOD ENTERTAINER)
AH YONG ( GOOD ASSISTANT ENTERTAINER)
PAKCIK MUSNIN ( CASING PROJECT DESIGNER)
PN MAZLINA (SUPERVISOR AKU)
FAIZ ( FOUNDER GAGAK BERANTAI)
BAM ( SENTIASA COOL)

IZHA

KAK PAH

JEF ( THE GENIUS PROGRAMMER)

BOY ( VOCALIS KUMPULAN BOBOI)
DAN PALING SPECIAL MAK DAN BAPA AKU…

Older Posts »